Hai Cinta Dengarkanla Live Drama Episod Kepala Bergeter

Hai Cinta Dengarkanla

Nantikan drama adaptasi novel ‘Hai Cinta, Dengarkanlah’ karya Mardihah akan disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan A10 Alliance diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Shukri Yahaya, Anna Jobling dan Niezam Zaidi.

Hai Cinta, Dengarkanlah

Episod: 28
Tarikh Tayangan: September 2024
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat,7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: A10 Alliance
Watak Pelakon 
Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi
Anna Jobling sebagai Nur Cahaya
Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi
Rania Amanda sebagai Fifi
Aleza Shadan sebagai Roza
Zulkifli Ismail sebagai Rahim
Nazrief Nazri
Sharifah Shahora
Syuhaida Abraz
Natasya Mahyan
Raden Zaharatul
Halim Radzi

Sinopsis Hai Cinta Dengarkanlah

“Pen merah, pen biru, I suka you. Sumpah, tak tipu!”
“Kita jumpa lagi kat sini. Garam di laut, asam di gunung bertemu dalam belanga juga. Berjodoh betul. Kan Cahaya, kan?” Adib Huzairi
“Hebat betul taste janda macam kau ni, kan?” Ainil
“Sebab saya jandalah kak, taste saya kena tinggi sikit.” Cahaya
Cahaya ini, benci betul kalau orang memandang rendah kepadanya hanya kerana dia menyandang gelaran janda. Salah ke kalau dia itu janda kerana kematian suami!
Dihimpit dengan desakan keluarga Aizul yang mahu menyatukan mereka berdua, Cahaya jadi rimas. Mujurlah Adib itu selalu jadi penyelamat, selalu jadi hero untuk dia dan Fifi.
“Mama, boleh ke Uncle Adib jadi papa Fifi?” – Fifi
Adib itu akhirnya suka, sayang dan mahukan Cahaya. Tapi dia takut untuk berterus terang dengan emaknya yang terlalu tegas. Roza itu kan anti dengan budak-budak. Fifi nanti mesti akan sepahkan rumah dan nanti rumahnya mesti akan berhabuk. Eeee, Adib nak kahwin dengan janda beranak satu?!
“Baiklah, mak setuju Adib kahwin dengan Cahaya. Tapi dengan satu syarat. Lepas Adib kahwin, Fifi tak boleh selalu ada kat rumah mak. Tak boleh!” Roza
Sukarnya untuk Cahaya dan Adib menyemai kasih andai emak sebegitu dengan Fifi.
“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Mak Tok Roza yang keras macam batu itu. Mak tok mesti kena sayang dengan Fifi.” – Fifi
Apakah sebenarnya suratan takdir hidup Cahaya dan Fifi, menumpang kasih seorang lelaki yang sepenuh hati menyayangi mereka. Adakah menjadi janda beranak satu itu merupakan satu kesalahan