Drama bersiri ‘Lelaki Melayu Terakhir’ terbitan Rumah Karya Cinta diarahkan oleh Amor Rizan dan skrip oleh Eirma Fatima. Menampilkan barisan pelakon seperti Fattah Amin, Wanna Ali, Datin Seri Umie Aida, Liza Abdullah, Hazwani Helmi, Heliza Helmi dan ramai lagi.
Lelaki Melayu Terakhir disiarkan menerusi slot Samarinda bermula 5 Ogos 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.
Lelaki Melayu Terakhir
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 5 Ogos 2024
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Eirma Fatima
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Jazlan
Wanna Ali sebagai Kasih
Umie Aida sebagai Sharifah Alawiyah
Liza Abdullah sebagai Khatijah
Nabil Aqil sebagai Jazlee
Fazlina Ahmad Daud sebagai Habsah
Nur Heliza Helmi sebagai Fatimah
Nur Hazwani Helmi sebagai Aisyah
Zarul Imran sebagai Ustaz Wadi
Sinopsis Lelaki Melayu Terakhir
Mengisahkan tentang Jazlan (Fattah Amin) yang bergelar Ustaz, seorang pemuda yang soleh, kuat pegangan agama dan menjalani kehidupan yang sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam.
Manakala, Kasih (Wanna Ali), seorang wanita moden yang menjalani hidupnya dengan peraturan sendiri.
Alawiyah (Umie Aida), ibu Jazlan, dan Khatijah (Liza Abdullah), ibu Kasih, merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka.
Walaupun pelbagai cara telahpun mereka cuba, namun usaha kedua ibu tersebut gagal berkali-kali kerana Jazlan dan Kasih tidak bersetuju atas perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.
Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberi dia peluang untuk melarikan diri daripada pertunangan yang diaturkan oleh ibunya.
Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan untuk menghantar Kasih ke Madinah untuk memikat Jazlan selain dengan alasan mahu menghantar barangan keperluan dan membantu Kasih menunaikan Umrah.
Adakah perancangan Alawiyah dan Khatijah untuk menjodohkan anak mereka berjaya